5.5.17

Sayang, you're getting stronger.

Masa 1st time pregnant dulu, suami happy sgt. Tapi masa tu kesihatan aku selalu sgt tak stabil. Selalu depress, tension dan kepenatan sampai gugur, walaupun masa tu sedih tp kami terima bukan rezeki lagi utk dpt anak dan mungkin juga ada hikmah disebaliknya. Suami berhabisan ribuan ringgit utk kos rawatan, ubat2, scan sepanjang aku pregnant, termasuklah kos wad dan dnc masa keguguran. Dia tak pernah kisah sedikit pun berhabisan duit utk semua ni. Sblm gugur tu dia dah setuju bg aku berhenti kerja memandangkan aku selalu tak sihat. Lepas habis pantang aku ingat nak cari kerja, tapi dia tak bagi, dia suruh fokus dgn bisnes baju yg aku buat tu.

Kadang2 rasa kesian tgk dia kerja keras, ada tu sampai tgh2 malam masih mengadap komputer buat editing video, siang pulak ke sana-sini cari job lebih, kdg2 balik kepenatan sampai tertidur. Pendapatan dia semua habis rolling utk bisness, bisness pulak tak cukup cash. Sehinggalah dugaan paling besar, bisnes dia terpaksa ditutup. Berbulan jugak dia takda pendapatan tetap, dgn dugaan kereta masuk bengkel, gelang emas hilang, kucing pun hilang, tapi masatu rasa terharu n bersyukur sbb duit jualan baju sentiasa masuk walaupun tak byk, cukup2 utk teruskan hidup. Kadang2 kalau rasa tak cukup, kami jual baju2 n perabot2 terpakai utk duit tambahan. Berbulan jugak dia cari kerja, byk interview dia pergi. Akhirnya setalah berbulan menanti, dapat jugak tawaran kerja, alhamdulillah. Kerja yg lebih baik, hikmah dari apa yg dia lalui.


Aku kagum dgn ketabahan dia, tak pernah pandang belakang, walau apa orang dah buat pada dia, apa yg dia dah lalui, dia sentiasa positif. Sentiasa kuat, tak pernah sekalipun berbusuk hati pd orang lain. Walau byk tanggapan negatif pada dia, dia diamkan saja, tak pernah sekali melenting, atau membalas. Sentiasa sabar dgn dugaan. Sayang, i am proud of you. Terima kasih kerana sentiasa menjadi suami yg terbaik buatku. :)