2.12.10

mari gelak-gelak sikit~

Pn Maria : Anak perempuan saya ada B.Sc.
Pn Chong : Anak lelaki saya baru mendapat kelulusan B.A.
En Ali : Tahun lepas, anak saudara saya dapat L.L.B.
En Muthu : Ha! Tapi anak saya saja yang ada J.O.B.


Cikgu : Dani, jika kamu ada lima ringgit dan kamu meminta dgn ibumu lagi lima ringgit, berapa ringgit yang kamu ada?
Dani : Lima ringgit cikgu!
Cikgu : Kamu tak tahu mengirakah?
Dani : Tapi cikgu, cikgu tak kenal mak saya.


Ibu : Suzi, macam mane dengan persembahan teater? Adakah ia berakhir dengan gembira?
Suzi : Yup. Semua penonton gembira bila teater tu akhirnya tamat.


"Beri semua wang yang kau ada kalau tak......" kata seorang perompak kepada seorang tua.
"Kalau tak apa??" balas si tua itu.
"Tolong jangan buat aku confuse," rayu si perompak. "Ini kerja pertamaku."


Tan : Tolong pinjamkan saya sepuluh ringgit.
Koh : Maaf, saya hanya ada enam ringgit.
Tan : Takpe. Bagi saya pinjam enam ringgit dulu dan kamu boleh hutang empat ringgit yang selebihnya.


Murni : Ibu, tolong carikan cikgu yang baru untuk saya.
Ibu : Kenapa sayang?
Murni : Cikgu saya tak boleh buat keputusan. Kelmarin dia kata lima dengan empat jadi sembilan. Semalam dia kata dua dengan tujuh jadi sembilan dan hari ni dia kata tiga dengan enam jadi sembilan!


Cikgu 1 : Kesiannya. Abu ada rekod kedatangan yang terbaik dalam kelas.
Cikgu 2 : Kenapa kesian pulak?
Cikgu 1 : Abu jugak ada rekod disiplin yang sangat teruk di sekolah!


Gadis : Awak, boleh awak ucapkan kata-kata yang boleh buat saya terapung-apung di udara....?
Jejaka : Pergi gantung diri !





kisah si Ayah : kerja dan kehidupan

Si Ayah adalah seorang yang berkerja keras sebagai penjual roti untuk menyara hidup isteri dan tiga anaknya. Setelah selesai bekerja, dia menghabiskan waktu malamnya dengan menghadiri kelas, berharap untuk memperbaiki diri supaya dia boleh mencari pekerjaan dengan gaji yang lebih baik suatu hari nanti.

Pada hari Minggu, si Ayah sangat susah meluangkan masa untuk makan bersama keluarganya. Dia menghabiskan masa dengan belajar dan bekerja keras kerana dia ingin menyediakan apa jua yang boleh dibeli dengan wang untuk keluarganya.

Setiap kali keluarganya mengeluh bahawa dia tidak meluangkan cukup masa dengan mereka, dia beralasan bahawa dia melakukan semua ini untuk mereka. Namun disudut hatinya, dia teringin sekali untuk meluangkan lebih banyak masa dengan keluarganya.

Harinya pun tiba dimana keputusan ujian diumumkan. Sukacitanya, si Ayah lulus dengan cemerlang! Tidak lama selapas itu, dia ditawarkan pekerjaan yang baik sebagai pengawal senior yang dibayar mahal.

Seperti mimpi menjadi kenyataan, si Ayah sekarang mampu memberikan keluarganya sedikit kemewahan hidup seperti pakaian yang bagus, makanan yang enak dan percutian di luar negeri.

Namun, keluarganya masih jarang melihat si Ayah dalam seminggu. Si Ayah terus bekerja dengan bersunguh-sungguh, dan berharap untuk ditawarkan ke jawatan pengurus. Bahkan, untuk membuat dirinya tercalon untuk jawatan itu, dia mendaftarkan diri dalam kursus lain di Universiti Terbuka.

Sekali lagi, setiap kali keluarganya mengeluh bahawa dia jarang meluangkan masa dengan mereka, dia beralasan bahawa dia melakukan semua ini untuk mereka. Tapi dia sering sangat berkeinginan untuk meluangkan lebih banyak masa dengan keluarganya.


Kerja keras si Ayah berhasil dan dia ditawarkan untuk jawatan pengurus. Dengan penuh sukacitanya, dia memutuskan untuk mengambil pembantu rumah bagi meringankan beban isterinya daripada tugas-tugas rutin.

Dia juga merasa bahawa flat tiga biliknya itu sudah tidak cukup ruang, ia adalah sesuatu yang menyenangkan bagi keluarganya untuk menikmati kemudahan dan keselesaan sebuah kondominium. Setelah beberapa kali mendapat ganjaran dari kerja kerasnya itu, si Ayah memutuskan untuk meneruskan pengajiannya dan bekerja supaya ditawarkan jawatan yang lebih tinggi lagi.

Keluarganya masih lagi jarang bertemu dengannya. Bahkan, kadang-kadang si Ayah harus bekerja di hari minggu untuk berjumpa pelanggannya. Sekali lagi, setiap kali keluarganya mengeluh bahawa dia tidak meluangkan cukup masa dengan mereka, dia beralasan bahawa dia melakukan semua ini untuk mereka.
Tapi dia sering sangat berkeinginan untuk menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarganya.

Seperti yang diharapkan, kerja keras si Ayah berhasil lagi dan dia membeli sebuah kondominium yang indah yang menghadap ke pantai. Pada petang hari Ahad pertama di rumah baru mereka, si Ayah berkata kepada keluarganya bahawa dia memutuskan untuk berhenti mengambil kursus dan mengejar tawaran-tawaran kerja lagi. Mulai saat itu, dia akan menghabiskan semua masa yang ada untuk keluarganya.


Si Ayah tidak bangun keesokan harinya.



1.12.10

edit foto contest !

buat kali keduanya saye join contest..
untuk info lanjut tentang contest ni bleh la ke blog cik dalia ye..=)


so, gambar yg telah saye pilih adalah........

pic my dear yg di snap oleh saya..hehe
tambahkan accessories

background utama..
background bangunan tu...

diedit menggunakan adobe photoshop dengan beberapa tools dan effects..

menghasilkan.....

guitarist illustration

pastu, kena tag 4 orang..so yg ditag, cube la join contest ni ye..^_^

~"adwa"~
~"huda"~
~"fazira"~
~"peeka"~


tarikh tutup :
31 DISEMBER 2010







movie sepanjang tahunku~



senarai movie2 yg saye dah tonton di pawagam sepanjang tahun ni..

Avatar
Ju-on: White Ghost And Black Ghost
Adnan Sempit
The Spy Next Door
Tooth Fairy
The Wolfman
V3 Samseng Jalanan
Solomon Kane
Clash of The Titan
Evolusi KL Drift 2
Kick-ass
Ironman 2
Shrek for Ever After
The A-team
The Twilight Saga: Eclipse
Mantra
Prince of Persia
The Last Airbender
Salt
Predators
Magika
The Descent
Eat Pray Love
Charlie St. Cloud
The Other Guys
Adele Rise of The Mummy
Skyline


sumenye ade 27...
saye anggar 1 tiket = RM10
RM10 x 27 = RM270
byknye~~~~~ huhu!




29.11.10

mane pergi budi bahasa....

ade satu hari ni, saye nk balik rumah dr ukm.. 
saye naik bas dr seremban ke PD..
tempat duduk dlm bas da penuh..
ramai yang kene berdiri...
saye pun berdiri dgn beg yg berat...
ade pasangan couple ni berdiri kt pintu tgh bas, betul2 kt belakang saye..
yg si awek tu tak habis2 la memekak dok maki uncle bawak bas tu..
penye la die marah bile uncle tu bg orang naik lg..
die jerit "hoi, dah2 la tu, bas da penuh, tak payah la amik orang lg!!!"
yg si bf die plak sokong je ape awek die dok jerit maki uncle bas tu...
sume jenis perkataan keluar dr mulut diorg..
orang len dalam bas just tgk je..
saye pun tak mampu nak cakap ape..
tgk je la..saye tak rase bas tu penuh sgt..
sbb bas yg saye naik dr kolej ke ktm lagi sarat dr ni..


dan saye pikir klau uncle bas tak bg penumpang naik, kesian jgk kt diorang yg dah bape lame tggu bas tu...
mase dalam perjalanan pun uncle tu still amik penumpang...
dan selagi uncle tu amik penumpang selagi tu la pasangan couple tu dok memekak marah2 uncle bas tu....
haihh..malunye..sume orang tgk, diorg ni, tak malu ke...?
hurmmm...smpai la kt satu tempat ni...
tempat duduk yg dekat dgn couple tu ade kosong 1, sebelahnye ade sorg lelaki...
yg lelaki tu pun dgn lemah lembut ajak pasangan couple tu duduk..."duduklah.."katenye......
yg si bf tu pun bg la awek die duduk..si awek tu punye la malu...
lepas dapat duduk terus diam seribu bahase...


saye yg berdiri ni pun tersenyum sorang2 dan hanye memerhati je gelagat mereka...
tu la, lain kali jage la skit klau nk bercakap pun..huhu~~



i join "Kids and Baby Photo Contest"

ni 1st tyme saye join contest..
contest yg saye join ni tentang kids and baby photo contest...
untuk lebih lanjut sila ke tuan empunye contest di sweetlikekisses.blogspot.com


dan..huhu..gambar yg saye pilih adalah :


dak tecik kt atas ni adalah anak spupu saye...
umur setahun namenye rasyidi...
hehe..comel kan...?
ngeee~

so bagi nama yang saye tag...
cube la join Contest ni yer...
huhu~

~"adwa"~
~"yon"~
~"huda"~
~"jannah"~
~"sue"~
~"fazira"~
~"af"~
~"peeka"~

dan...lebih info ttg contest ni adalah.......

_banner contest_

syarat -syarat penyertaan.

1. anda mesti menjadi follower blog http://sweetlikekisses.blogspot.com.Selepas ini pemenang akan di umum di blog baru:)..

2. anda mesti tag kepada 8 orang maksimum.tidak boleh kurang.dan bila anda telah tag anda mesti inform pada kawan anda yang mereka telah ditag.:)

3. letakkan banner contest di sidebar anda.

4. anda mesti sertakan satu gambar.tidak kisah gambar anda zaman baby,zaman anda budak budak,gambar adik anda,gambar anak anda,gambar anak saudara anda..

5. hantar link entry anda didalam kotak komen entry contest ini.

6.mesti mulakan title entry dengan nama contest.

7. wajib diberitahu didalam entry tentang contest ini dan hadiah yang bakal diberi kepada pemenang.


tarikh tutup sehingga  29 NOVEMBER 2010 .

hadiah yang bakal dimenangi ialah earring dari lazo diamond jewellery.white gold.

________________________________________________________________________




my part time job



cuti yg tak seberape lame ni saye manfaatkan dgn bekerje part time sbg housekeeping kt salah satu hotel yg tak seberape feymes kt PD ni..huhu
penat tu mmg penat la...lenguh kaki lenguh badan...
so, nak cite sikit pasal keje sbg housekeeping ni...
antare keje2 yg dibuat oleh housekeeping ialah:
  • buang sampah
  • sapu lantai
  • lap meja, almari & peti ais
  • cabut blanket, cadat & sarung bantal
  • pasang blanket, cadar & sarung bantal baru dgn kemas & tersusun rapi
  • pastikan letak tuala, tisu, kopi, sabun, syampoo, plastik sampah
  • cuci bilik air
  • mop lantai
bayangkan la sume keje2 diatas nak kene ulang sampai 13 bilik...
huh~~ mmg penat, lagi2 klau ade penginap yg tinggalkan bilik mcm tongkang pecah, tilam kat bawah, sampah bersepah, huhhhh mmg penat la~~
saba je la kan...
so, nak ingatkan, kalau menginap kat hotel tu, jgn la wat sepah yg keterlaluan...
tolong la kesian kt housekeeping2 yg mengemas bilik tu...
gaji pun tak seberape...
emm..klau ade tip tak pe jgk..haha~~