13.12.10

kisah 4 isteri..

Terdapat seorang pedagang kaya yang mempunyai 4 isteri. Dia paling mencintai isteri ke-4nya dan menghiasi dia dengan jubah mewah dan makanan yang lazat. Dia sangat mengambil berat terhadap isteri ke-4 itu dan tidak memberikannya apa-apa, tetapi sentiasa melakukan yang terbaik.

Dia juga yang sangat mencintai isteri ke-3. Dia sangat bangga kerana mempunyai isteri ke-3nya itu dan selalu mempamerkannya kepada rakan-rakan. Namun, pedagang kaya itu selalu berasa takut kalau-kalau isteri ke-3 nya beralih arah.

Dia juga, mencintai isteri ke-2. Isteri ke-2 adalah seorang yang sangat prihatin, selalu sabar dan sangat dipercayai oleh pedagang kaya tersebut. Setiap kali pedagang itu menghadapi masalah, dia selalu meluahkan ke isteri ke-2 dan dia akan selalu membantu pedagang ketika masa susahnya.

Isteri pertama peniaga adalah rakan kongsinya yang sangat setia dan telah memberikan sumbangan besar dalam menjaga kekayaan dan perniagaannya serta menguruskan rumah tangga. Namun, peniaga tidak mencintai isteri pertama meskipun isteri pertama sangat mencintainya, dia tidak mempedulikannya.

Suatu hari si pedagang jatuh sakit. Tak lama kemudian, dia mendapat tahu bahawa dia tidak ada baynyak masa untuk hidup. Dia berfikir tentang kemewahan hidupnya dan mengatakan pada dirinya sendiri, "Sekarang aku mempunyai 4 isteri tapi ketika aku mati, aku akan sendirian. Tak dapat aku bayangkan bagaimana sepinya aku nanti!."

Dengan demikian, dia meminta isteri ke-4, "Aku paling sayang pada kamu, kamu dijaga dengan pakaian terbaik dan perhatian yang besar. Sekarang , mahukah kamu mengikut aku dan menemaniku?" "Tidak mungkin!" jawab isteri ke-4 dan dia melangkah pergi tanpa banyak kata.

Jawapan tersebut membuat hatinya bagai dihiris pisau tajam. Peniaga sedih lalu bertanya kepada isteri ke-3, "Aku telah mengasihi kamu begitu banyak untuk seumur hidupku. Sekarang aku mahu pergi, mahukah kamu mengikut aku dan menemaniku?" "Tidak!"jawab isteri ke-3. "Hidup terlalu indah di sini. Aku akan berkahwin lagi apabila kamu pergi!" Hatinya tenggelam dan sejuk mendengarnya.

Dia kemudian bertanya kepada isteri ke-2, "Aku selalu mencarimu untuk bantuan dan kamu selalu membantu saya. Sekarang aku perlukan bantuanmu lagi. Ketika aku ingin pergi, mahukah kamu mengikut aku dan menemaniku?" "Maaf, aku tidak dapat membantu kamu kali ini!" jawab isteri ke-2. "Paling tidak, aku hanya boleh menghantar kamu ke kuburmu." Jawapannya datang seperti guruh dan hatinya hancur.

Kemudian satu suara memanggil: "Aku akan pergi bersamamu, aku akan mengikutimu mana pun kamu pergi .." Pedagang itu mendongak dan ada isteri pertamanya. Dia begitu kurus, hampir seperti dia menderita kekurangan zat. Sangat sedih, peniaga itu berkata, "Aku seharusnya mengambil berat tentangmu jauh lebih baik di saat aku mampu!"
 



Sebenarnya, kita semua mempunyai 4 isteri dalam hidup kita ;

a. Isteri ke-4 adalah tubuh kita. Tak kiralah berapa banyak pun waktu dan usaha yang kita habiskan dalam membuatnya kelihatan bagus, ia akan tetap meninggalkan kita saat kita mati.

b. Isteri ke-3 adalah harta, status dan kekayaan. Ketika kita mati, mereka semua pergi kepada orang lain.

c. Isteri ke-2 adalah keluarga dan teman-teman. Tidak kiralah seberapa dekat mereka telah ada untuk kita saat kita masih hidup, paling jauh mereka boleh bersama dengan kita adalah ketika sampai ke liang kubur.


d. Isteri pertama sebenarnya jiwa kita, sering diabaikan dalam mengejar kemewahan, kekayaan dan kesenangan hidup.




terakhir kali..

Seorang gadis bersama teman lelakinya menaiki sebuah  motor yang memecut lebih dari 100 mph..

Gadis: Perlahan..saya takut..
Lelaki: Taknak, macam ni lagi seronok..
Gadis: Tak! Saya tak rasa benda ni seronok..Tolonglah, saya takut!!
Lelaki: Cakap dulu yang awak cintakan saye..
Gadis: ok2!! Saye cintakan awak..tolong perlahan!!
Lelaki: Peluk saye...
(Gadis itu memeluk teman lelakinya)
Lelaki: Boleh awak tanggalkan helmet saya dan awak sajelah yang pakai..helmet ni menganggu saye..

Di akhbar keesokan harinya: Sebuah motor melanggar sebuah bangunan kerana kegagalan break..Terdapat dua orang yang berada di motor, tetapi hanya satu yang selamat..

Yang sebenarnya, semasa dalam perjalanan, teman lelaki si gadis menyedari bahawa brek motornya patah, tapi dia tidak mahu gadisnya itu tahu..
Sebaliknya, apabila si gadis berkata dia mencintainya, dan merasa pelukan si gadis untuk pertama dan terakhir kalinya, dia membiarkan si gadis memakai helmet tersebut supaya si gadis akan selamat walaupun itu bererti dia akan mati..





Cutenya Contest


 contest by : HadifaR_LoVe

my pic : 


slogan :
cutenya gambar ni kerana ni ade kucing saye yang bername oyen..oyen manje sangat dan jinak..rindu oyen!!~ 

tag :
~"NS"~

by :

w i n d u k a m u

muhammad syafiq 'aizat

yang merinduimu,

12 dis !

hari yg dinanti dtg juge..
hari ni bermulelah perkampungan kapreza bersame ajk2 1st year..
meeting pagi td, sume brainstorm nak buat game ape untuk ice breaking..
hurmm..susah jugak nak pk idea..


petang pulak ingat nak design logo..
tapi takde idea..
logo yang dah didesign oleh jaksa publisiti saye edit sikit demi sedikit..
maka..jadilah 1 logo yang mungkin akan diterima oleh sume ajk2 kapreza..


malam pulak, start 1st meeting dengan 1st year..
lepas tu, adekan games untuk ceriakan suasana...


dan esok....
bermulalah segala keje2 publisiti yang banyak tu..
antaranya :
• POSTER
• BANNER
• BUNTING
• BILLBOARD
• PAMPHLET
• BUKU PROGRAM
• MONTAJ
• KAD JEMPUTAN
• TAG NAMA
• FLYERS
• T SHIRT

wah.......banyaknyer~~~~ T_T


12.12.10

photoshop!!~

klau bosan saye suke mengadap photoshop..
blaja mengedit2 gmba, mendesign, dan wt mcm2 la...
huhu..
ni la antare hasilnye bile saye bosan.......


















dan yg ni pulak kerja saye...
xde la cantik sgt tp inila yg saye mmpu..
saye budak baru blaja....



  






sume yg di atas sy buat dgn kerjasame kwn2 dan senior2 sy..
tenks to diyana, kak fana, abg ijoi, kak paa dan sape2 je la yg penah membantu sy menyiapkn dsign2 di atas..
dan yg paling byk mengajar dan memberi sokongan pd sy ialah my syafiq 'aizat..tq cyg!! =)

yg ni plak sy baru mencuba...
mendesign kad kawin..huhu!

ok, name dan tarikh di atas hanyelah contoh sahaje..sile abaikan..;p

saye sgt minat dgn keje2 yg mcm ni..
ini hobi saye..
dan 1 hari nnti saye mahu mmpunyai bisness yg berkaitan dgn hobi sy ni...
insyaAllah...=)

my award for 1st and 100th follower !~

tetbe hari ni nak buat award memandangkan follower saye dah semakin bertambah..
dan sebelum tu, saye nak ucapkan trime kasih banyak2 kepade semua follower2 blog saye sbb sudi follow blog saye yang biase2 ni je..
^_^

berbalik pada award yang saye nak buat ni...
award ni adalah untuk follower pertama saye dan follower yang ke seratus...

memandang follower saye belum sampai seratus orang, saye nak bagi peluang kepada sape2 yang belum follow blog saye untuk merebut award ni..err..kalau nak la..kalau taknak takpe, its ok...=)


dan untuk follower pertame pula, orangye adalah cik adwa...

so, orang yang berkenaan, silelah amik award ni ye...^_^


tQ~ ^_^