19.7.11
Pulau Tioman, indahnya bumi Tuhan. :)
Pada 15-17 Julai minggu lepas, aku ikut ke retreat jaksa kolej ku Kolej Pendeta Za'ba UKM di Pulau Tioman. Selama tiga hari aku kat sana, macam2 benda baru aku lihat. Cantik, sangat2 cantik keindahan alam kat sana. Yang paling cantik semestinya keindahan kehidupan dalam laut. First time aku bersnorkeling. Walaupun takut2 nak turun dalam air dalam, aku beranikan diri jugak, taknak sesekali lepaskan peluang tengok ikan2 cantik dalam laut jernih tu. Kami menginap di Damai Tioman Resort, di Kampung Genting, salah satu tempat tarikan kat sana. Banyak lagi perhentian2 yang jadi tarikan orang ramai. Masa snorkeling tu pun kami dibawa menaiki bot kecil mengelilingi hampir separuh dari pulau tu.
*imej dari google
Sebelum bersnorkeling, kami dibawa bersiar ke Tekek. Lepas tu, kami start snorkeling di salah satu hentian utara di atas, tapi tak kuingat ape namenye. Mase tu aku belum berani nak turun, aku cume bermain air di pesisir pantai. Beberape jam lepas tu, kami dibawa ke pulau kecil. Hentian snorkeling terakhir. Mulanya aku memang tak berani nak turun tapi melihat kegembiraan kawan2ku melihat indahnya lautan dalam tu, aku pun beranikan diri turun tapi dengan bantuan Mira dan Balkis. Tenks sangat2 korang, dapat jugak aku tengok ikan2 depan mata aku.
macam ni la snorkeling, sonok sangat~ *contoh gambar dari google je..huhu
nemo pun ade.
Maaf la ye, gambar2 kat atas dapat dari google je, al maklumlah, kamera saye bukan kalis air..hehe. Ape lagi la yang aku buat kat sane, takkan 3 hari snorkeling je kan. Nak cerita panjang sangat, tengok jelah gambar2 yang dah aku snap dari sane. ^_^
rase nak pergi Tioman lagi.
12.7.11
2.7.11
1.7.11
Subscribe to:
Posts (Atom)