6.4.16

Menjadi seorang Surirumah

"Untunglah jadi surirumah, duk rumah makan tidor goyang kaki jelah ni?"
"Eh berapa gaji laki kau sampai kau tak payah kerja??"
"Belajar tinggi2 tapi tak kerja, buat apa belajar??"

Antara kata2 yg selalu aku dpt, lagi2 surirumah mcm aku yg belum ada anak. Ya, mmg dulu aku yg nak berhenti kerja sbb terlalu tensyen di tmpat kerja, dan balik penat buat kerja rumah lagi, suami setuju memandangkan kesihatan aku selalu tak stabil lagi2 masa tu pregnant. Tambahan dia nak aku jaga anak lepas bersalin. Tapi seminggu lepas berhenti aku keguguran. Lepas pantang aku mohon dgn suami utk bekerja semula, tapi dia tak setuju. Dia nak aku fokus buat dropship dan fokus uruskan kerja rumah. 

Org selalu ingat asal jadi surirumah je mesti senang, goyang kaki duduk rumah. Sbnrnya tak pun, duduk rumah pun byk kerja, buat laundry, masak, kemas rumah, jaga kucing, dll. Kalau yg ada anak mungkin lebih lagi tugasnya. Dan skrg pulak zaman bisnes2, pandai2lah cari duit sampingan, ingat duduk rumah tak boleh buat kerja lain? Duduk rumah pun boleh buat bisnes tau. Tapi aku buat dropship kecil-kecilan je. Jadilah tu. Ada la sikit2 duit sampingan, paling tidak sebulan 300-700 ikut kerajinan. Kalau rajin promote dapat la 1k lebih.

Lepas tu, ada yg ingat kalau isteri surirumah suaminya mesti bergaji besar. Mcm aku, suami bekerja sendri, pendapatannya tak besar mana. Bisness pula biasalah ada jatuh bangun. Ada jugak org ingt aku kahwin dgn suami sbb dia bisnesman. Hello, aku kenal dia pun dr 1st year belajar kat U, tahu pulak aku dia nak jadi bisnesman. Dan hanya orang2 yg buat bisnes je tahu betapa susahnya berbisnes. Pernah masa mula2 suami mula buka company, berbulan tak bergaji, sbb byk modal nak pakai nk byr staff, bli equipment itu ini. Aku tetap bg sokongan utk dia teruskan dan tolong apa yg mampu. 

Semenjak aku tak kerja ni, setakat ni pendapatan cukup2 alhamdulillah, yg penting kena hidup bersederhana. Kalau betullah org kata kami ni kaya mesti dah duduk rumah sendiri, beg, kasut dan baju tentu yg branded, bela pulak kucing parsi, tak pun american short hair. Hahaha. Semua tu jauhhhhh lagi. Buat masa ni kami selesa bersederhana. Beg paling mahal aku ada pun beg Carlo Rino, itupun hadiah hantaran masa kahwin. Bercuti pun guna duit kutu. Penting tau main kutu, lagi2 jenis susah menyimpan mcm aku ni. Huhu

Apa2 pun pekerjaan paling mulia bg seorang wanita adalah surirumah, jadi jgnlah pandang rendah kat surirumah walaupun dia berstatus phD. Dan aku sangat2 respect isteri2 yg bekerjaya sambil uruskan rumah, lagi2 yg buat 2-3 kerja. Anda mmg power, Salute!

9.3.16

Pengalaman Bercuti di Pulau Tioman

Assalamualaikum, dah lamanya tak update blog. So hari ni tiba2 teringin nak menulis. Topik kali ni adalah nak menceritakan pengalaman saya dan suami bercuti di Pulau Tioman minggu lepas.

Ramai yang tanya kami book pakej di mana, macam mana, dan berapa. Jadi saya kongsikan di sini, kami book pakej melalui website Paya Beach Resort. Pakej yang kami ambil adalah 3D2N Full-board Snorkeling Package. So dalam pakej tu termasuk bilik untuk 2 malam, tiket feri pergi balik, snorkeling trip, dinner 1x, breakfast 2x, lunch 1x dan peralatan snorkeling. Total pakej untuk kami berdua adalah RM1386, agak mahal sebab kami ambil bilik jenis Suite. Paling murah untuk menginap di Paya Beach Resort untuk pakej ni adalah RM400/pax untuk bilik deluxe. Kalau nak lebih murah boleh pilih hotel2 lain di kampung lain. Kampung yang kami duduk adalah Kampung Paya. Kawasan agak terhad, sesuai untuk yang nak bercuti dengan tenang. 

Kami memulakan perjalanan sehari awal iaitu pada petang hari Jumaat terus ke Mersing dan menginap di sana 1 malam. Kami gerak awal sebab risau tak sempat kejar feri pada esok hari.

Hari pertama kami tunggu feri pada pukul 10 pagi di Terminal Feri Jeti Tanjung Gemok, 30 minit dari Mersing. Feri bergerak dari jeti pada pukul 11.30 pagi. Kena tunggu sejam awal sebelum naik feri. Perjalanan dari jeti Tg Gemok ke Pulau Tioman adalah selama 2 jam. Memang mabuk laut sepanjang perjalanan tu, pening, mual, dan rasa tak sabar nak turun.



Sampai sahaja di Jeti Kg Paya, kami check-in dan berehat. Lunch untuk hari pertama tidak termasuk dalam pakej, jadi kami lunch di Restoran berdekatan dgn jeti, makanan di situ boleh tahan sedap dan murah.







Petang kami bersantai di kolam renang hotel tersebut, kolam luas dan pemandangan cantik, airnya juga bersih. Malam pula dinner di restoran hotel termasuk pakej. Selepas itu kami bersiar2 di sepanjang jalan dan jeti.




Hari kedua selepas breakfast kami berkumpul di jeti untuk snorkeling trip. Dengan menaiki speedbot, kami di bawa ke Marine Park, destinasi pertama untuk snorkeling. Ada banyak ikan, jadi sila bawa roti awal2 untuk umpan ikan supaya datang dekat. Sejam di Marine Park kami dibawa ke Renggis Island. Permandangan dasar laut sangat cantik, penuh dengan coral dan ikan yang berwarna-warni. Tapi berhati2 jangan sampai terpijak coral dan landak laut.






Selepas snorkeling trip, kami balik ke hotel untuk berehat dan lunch. Petang pula kami snorkeling di pesisir pantai Kg Paya dan bersantai di kolam renang.




Hari terakhir, kami diajak oleh beberapa pengunjung hotel untuk snorkeling di hujung Kg Paya. Kat sana airnya sangat jernih, tetapi kami hanya snorkeling di pesisir pantai sahaja sebab tak berani nak pergi jauh memandangkan air sedang surut, takut ditarik ke tengah laut. Menurut mereka yang pergi lebih jauh tu, coralnya lebih cantik dari semalam. Disebabkan tak berani nak berenang ke sana, kami hanya mengisi masa dgn memberi ikan makan roti dan bergambar.





Selepas sejam di penghujung Kg Paya, kami pulang ke hotel dan berkemas untuk check-out. Alhamdulillah kami sangat berpuas hati dengan pemandangan di Pulau Tioman dan akan ke sana lagi jika ada rezeki.









6.1.12

Video Sara&Zul

Salam.. Ini adalah video percubaan pertama kelahiran Azisya Photography. 
Mungkin kualitinya kuang sedikit. Apa-apa pun kami akan cuba memperbaiki dan berusaha menjadi yang lebih baik. Thank you and enjoy the movie. :)

video
Pernikahan


video
Persandingan