16.2.21

Borak-borak Fail Prasekolah & Lencana SK Klang ^_^

Assalamualaikum semua... Hari ni Azi nak kongsi sikit kerja yang Azi dok busy buat seminggu dua ni iaitu fail prasekolah.. Tahun lepas pengurusan fail dah dirombak semula, memandangkan tahun lepas tak dan nak buat, tahun ni baru kami nak mula. Jadi Azi nak share sikit fail-fail prasekolah;

A. Pengurusan Am 
i. Sejarah penubuhan prasekolah 
ii. Visi, Misi, Moto, Piagam Pelanggan, peraturan dan pelan lantai luar dan dalam sekolah 
iii. Carta Organisasi dan Jawatankuasa Pengurusan Prasekolah 
iv. Takwim tahunan 
v. Brosur prasekolah 
vi. Surat jemputan dari/ke agensi luar dan berkaitan
vii. Surat panggilan ibu bapa/penjaga 
viii. Aduan dan cadangan 
ix. Keselamatan 
x. Lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan am

 

B. Akta/Pekeliling/Surat Siaran/Surat Makluman 
i. Akta Pendidikan 1996 (Cabutan [Akta 550] berkaitan prasekolah) 
ii. Surat Pekeliling/Surat Siaran yang diterima dari KPM/JPN/PPD/PPW
iii. Lain-lain yang berkaitan Akta/Pekeliling/Surat Siaran/Surat Makluman 

 

C. Mesyuarat/Taklimat/Kursus/Bengkel/Seminar 
i. Surat panggilan yang diminitkan 
ii. Bahan sokongan yang diterima semasa menghadiri mesyuarat/taklimat/ kursus/bengkel/seminar 
iii. Minit mesyuarat/minit curai/laporan 
iv. Lain-lain yang berkaitan mesyuarat/taklimat/kursus/bengkel/seminar 

 

D. Kewangan
i. Anggaran belanjawan tahunan
ii. Dokumen kewangan 
iii. Lain-lain yang berkaitan kewangan 


E. Pengurusan Prasekolah 
i. Data dan maklumat prasekolah
ii. Perakuan menghadiri taklimat/kursus/bengkel/seminar 
iii. Dokumen berkaitan pemantauan 
iv. Laporan/dokumentasi aktiviti tahunan 
v. Menu vi. Lain-lain yang berkaitan Pengurusan Prasekolah 


F. Kurikulum Prasekolah 
i. Dokumen kurikulum 
ii. Dokumen pencerapan 
iii. Dokumen berkaitan pentaksiran prasekolah 
iv. Lain-lain yang berkaitan kurikulum prasekolah 


G. Hal Ehwal Murid 
i. Senarai permohonan kemasukan murid 
ii. Keputusan pemilihan murid 
iii. Senarai permohonan yang telah diperaku dan disahkan oleh PPD/JPN 
iv. Pendaftaran dan taklimat prasekolah 
v. Surat/borang kebenaran ibu bapa 
vi. Lain-lain yang berkaitan hal ehwal murid 


H. Harta Modal dan Inventori : 
i. Salinan dokumen KEW. PA, nota hantaran, invois, Sijil Pengujian dan Pemasangan (SPP) dan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) 
ii. Penyelenggaraan, hapus kira dan pelupusan
iii. Lain-lain yang berkaitan Harta Modal dan Inventori 


I. Profil Murid (setiap murid) 
i. Maklumat/dokumen asas murid dan ibu bapa/penjaga 
ii. Dokumen kesihatan murid 
iii. Pentaksiran/perkembangan murid 
iv. Lain-lain yang berkaitan Profil Murid 


*diambil dari buku Garis Panduan Prasekolah KPM


Jadi begitulah, dari berbelas-belas fail sekarang hanya tinggal sembilan. Minggu lepas Azi dengan my lovely partner Mira dah setel update isi kandungan fail. Hujung minggu lepas, Azi cuba buat design untuk front cover fail-fail tersebut. Jadi Azi kongsikan kat sini ya, mana tahu boleh jadika inspirasi hihihi











Okay, itu untuk front cover, ni pulak untuk tulang fail.











Mula-mula ingat nak buat design ala-ala kartun sikit, tapi macam tak kena pulak dengan dokumen-dokumen rasmi, jadi Azi buatlah design ala-ala karporat sikit, tapi diceriakan dengan warna-warni. Credit to freepik untuk vector-vector yang telah digunakan.

Lepas tu, masa tengah-tengah mendesign, nak letak logo sekolah, search kat google, semuanya pecah-pecah, jadi Azi mintak tolong husband vectokan semula logo/lencana sekolah SK Klang ni, terus cunnnn.. 







sk klang


Okay, sekian itu sahaja yang Azi nak share pasal fail prasekolah. Sehingga berjumpa lagi. MMUUAAHHH

 

No comments: