Ramai yang tanya kami book pakej di mana, macam mana, dan berapa. Jadi saya kongsikan di sini, kami book pakej melalui website Paya Beach Resort. Pakej yang kami ambil adalah 3D2N Full-board Snorkeling Package. So dalam pakej tu termasuk bilik untuk 2 malam, tiket feri pergi balik, snorkeling trip, dinner 1x, breakfast 2x, lunch 1x dan peralatan snorkeling. Total pakej untuk kami berdua adalah RM1386, kami ambil bilik jenis Suite. Paling murah untuk menginap di Paya Beach Resort untuk pakej ni adalah RM400/pax untuk bilik deluxe. Kalau nak lebih murah boleh pilih hotel2 lain di kampung lain. Kampung yang kami duduk adalah Kampung Paya. Kawasan agak terhad, sesuai untuk yang nak bercuti dengan tenang.
Kami memulakan perjalanan sehari awal iaitu pada petang hari Jumaat terus ke Mersing dan menginap di sana 1 malam. Kami gerak awal sebab risau tak sempat kejar feri pada esok hari.
Hari pertama kami tunggu feri pada pukul 10 pagi di Terminal Feri Jeti Tanjung Gemok, 30 minit dari Mersing. Feri bergerak dari jeti pada pukul 11.30 pagi. Kena tunggu sejam awal sebelum naik feri. Perjalanan dari jeti Tg Gemok ke Pulau Tioman adalah selama 2 jam. Memang mabuk laut sepanjang perjalanan tu, pening, mual, dan rasa tak sabar nak turun.
Sampai sahaja di Jeti Kg Paya, kami check-in dan berehat. Lunch untuk hari pertama tidak termasuk dalam pakej, jadi kami lunch di Restoran berdekatan dgn jeti, makanan di situ boleh tahan sedap dan murah.
Petang kami bersantai di kolam renang hotel tersebut, kolam luas dan pemandangan cantik, airnya juga bersih. Malam pula dinner di restoran hotel termasuk pakej. Selepas itu kami bersiar2 di sepanjang jalan dan jeti.
Hari kedua selepas breakfast kami berkumpul di jeti untuk snorkeling trip. Dengan menaiki speedbot, kami di bawa ke Marine Park, destinasi pertama untuk snorkeling. Ada banyak ikan, jadi sila bawa roti awal2 untuk umpan ikan supaya datang dekat. Sejam di Marine Park kami dibawa ke Renggis Island. Permandangan dasar laut sangat cantik, penuh dengan coral dan ikan yang berwarna-warni. Tapi berhati2 jangan sampai terpijak coral dan landak laut.
Selepas snorkeling trip, kami balik ke hotel untuk berehat dan lunch. Petang pula kami snorkeling di pesisir pantai Kg Paya dan bersantai di kolam renang.
Hari terakhir, kami diajak oleh beberapa pengunjung hotel untuk snorkeling di hujung Kg Paya. Kat sana airnya sangat jernih, tetapi kami hanya snorkeling di pesisir pantai sahaja sebab tak berani nak pergi jauh memandangkan air sedang surut, takut ditarik ke tengah laut. Menurut mereka yang pergi lebih jauh tu, coralnya lebih cantik dari semalam. Disebabkan tak berani nak berenang ke sana, kami hanya mengisi masa dgn memberi ikan makan roti dan bergambar.
Selepas sejam di penghujung Kg Paya, kami pulang ke hotel dan berkemas untuk check-out. Alhamdulillah kami sangat berpuas hati dengan pemandangan di Pulau Tioman dan akan ke sana lagi jika ada rezeki.