15.6.11

kalau tak mula sekarang bila lagi?

sejak kebelakangan ni aku selalu berfikir tentang nak buat bisness..sekarang pun aku dah mulakan bisness kad kahwin..tapi yang simple2 je..insyaAllah kalau ade rezeki aku nak beli printer sendiri, senang, tak payah susah2 nak print kat kedai lagi..tapi bukan tu je yang aku minat sebenarnye..semenjak aku jadi tukang ambil gambar mase wedding sepupu aku hari tu, aku rase seronok pulak..rase nak jadi photographer pun ade..insyaAllah kalau ade rezeki nak beli kamera sendiri..ni la yang buat aku berfikir berkali-kali..sekarang pun dah ramai photographer kt malaysia ni, persaingan semakin sengit..lagi2 semua orang dah mampu beli dslr, merata remaja2 sekarang guna dslr untuk ambil gambar..sehinggakan ade yang mengata sini sana tentang orang yang menggantung dslr di leher dan menjinjing beg nikon ke hulu-hilir..aku tak nak aku sendiri digolongkan dalam kategori tu..aku tak kisah mereka dengan kemera2 mereka, mereka berhak untuk mempunyai kamere..tapi kadang2 ade betul juga kenapa orang tak suka sebab ade yang punya kamera sekadar menunjuk sahaja, tapi gambar yg diambil tak berkualiti mane pun..sekarang aku confius sebab aku ade dua pilihan, nak beli kamera kompak powershot yang kualitinya hampir dlsr sebagai permulaan untuk aku belajar ataupun terus dengan dslr yg terbaik untuk dapatkan gambar yg lebih berkualiti..kate orang yg aku sayang baik mula terus dengan dslr, bila ade rezeki boleh upgrade dengan lense2 terus..ye tak? kalau tak mula sekarang bila lagi..jawapan yang agak memberi semangat kepadaku..akan kufikirkan lagi..


3 comments:

al_hakim said...

InsyaAllah niat yang baik akan sentiasa mendapat bantuan dari Allah.=) semoga berjaya ye..

EZAN IDMA said...

semoga berjaya tau. buat yg terbaik :)

ziema cindalena said...

tenks hakim..tenks edma..^_^