A. Pengurusan Am
i. Sejarah penubuhan prasekolah
ii. Visi, Misi, Moto, Piagam Pelanggan, peraturan dan pelan lantai luar dan dalam sekolah
iii. Carta Organisasi dan Jawatankuasa Pengurusan Prasekolah
iv. Takwim tahunan
v. Brosur prasekolah
vi. Surat jemputan dari/ke agensi luar dan berkaitan
vii. Surat panggilan ibu bapa/penjaga
viii. Aduan dan cadangan
ix. Keselamatanx. Lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan am
B. Akta/Pekeliling/Surat Siaran/Surat Makluman
i. Akta Pendidikan 1996 (Cabutan [Akta 550] berkaitan prasekolah)ii. Surat Pekeliling/Surat Siaran yang diterima dari KPM/JPN/PPD/PPWiii. Lain-lain yang berkaitan Akta/Pekeliling/Surat Siaran/Surat Makluman
C. Mesyuarat/Taklimat/Kursus/Bengkel/Seminar
i. Surat panggilan yang diminitkanii. Bahan sokongan yang diterima semasa menghadiri mesyuarat/taklimat/ kursus/bengkel/seminariii. Minit mesyuarat/minit curai/laporaniv. Lain-lain yang berkaitan mesyuarat/taklimat/kursus/bengkel/seminar
D. Kewangan
i. Anggaran belanjawan tahunanii. Dokumen kewanganiii. Lain-lain yang berkaitan kewangan
E. Pengurusan Prasekolah
i. Data dan maklumat prasekolahii. Perakuan menghadiri taklimat/kursus/bengkel/seminariii. Dokumen berkaitan pemantauaniv. Laporan/dokumentasi aktiviti tahunanv. Menu vi. Lain-lain yang berkaitan Pengurusan Prasekolah
F. Kurikulum Prasekolah
i. Dokumen kurikulumii. Dokumen pencerapaniii. Dokumen berkaitan pentaksiran prasekolahiv. Lain-lain yang berkaitan kurikulum prasekolah
G. Hal Ehwal Murid
i. Senarai permohonan kemasukan muridii. Keputusan pemilihan muridiii. Senarai permohonan yang telah diperaku dan disahkan oleh PPD/JPNiv. Pendaftaran dan taklimat prasekolahv. Surat/borang kebenaran ibu bapavi. Lain-lain yang berkaitan hal ehwal murid
H. Harta Modal dan Inventori :
i. Salinan dokumen KEW. PA, nota hantaran, invois, Sijil Pengujian dan Pemasangan (SPP) dan Sijil Akuan Penerimaan (SAP)ii. Penyelenggaraan, hapus kira dan pelupusaniii. Lain-lain yang berkaitan Harta Modal dan Inventori
I. Profil Murid (setiap murid)
i. Maklumat/dokumen asas murid dan ibu bapa/penjagaii. Dokumen kesihatan muridiii. Pentaksiran/perkembangan muridiv. Lain-lain yang berkaitan Profil Murid
*diambil dari buku Garis Panduan Prasekolah KPM
Jadi begitulah, dari berbelas-belas fail sekarang hanya tinggal sembilan. Minggu lepas Azi dengan my lovely partner Mira dah setel update isi kandungan fail. Hujung minggu lepas, Azi cuba buat design untuk front cover fail-fail tersebut. Jadi Azi kongsikan kat sini ya, mana tahu boleh jadika inspirasi hihihi
Okay, itu untuk front cover, ni pulak untuk tulang fail.
Mula-mula ingat nak buat design ala-ala kartun sikit, tapi macam tak kena pulak dengan dokumen-dokumen rasmi, jadi Azi buatlah design ala-ala karporat sikit, tapi diceriakan dengan warna-warni. Credit to freepik untuk vector-vector yang telah digunakan.
Lepas tu, masa tengah-tengah mendesign, nak letak logo sekolah, search kat google, semuanya pecah-pecah, jadi Azi mintak tolong husband vectokan semula logo/lencana sekolah SK Klang ni, terus cunnnn..
Okay, sekian itu sahaja yang Azi nak share pasal fail prasekolah. Sehingga berjumpa lagi. MMUUAAHHH