8.11.10

ujian hidup..

KENAPA KITA DIUJI ? 

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. " 

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3 

KENAPA KITA TIDAK DAPAT APA YANG KITA IDAM-IDAMKAN ? 

" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " 

-Surah Al-Baqarah ayat 216 

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ? 

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 

-Surah Al-Baqarah ayat 286 

RASA KECEWA ?

" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. " 

-Surah Al-Imran ayat 139 

BAGAIMANA HARUS KITA MENGHADAPINYA ? 

" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. " 

-Surah Al-Imran ayat 200 

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', " 

-Surah Al-Baqarah ayat 45 

APA YANG KITA DAPAT DARIPADA SEMUA INI ?

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... " 

-Surah At-Taubah ayat 111 

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ? 

" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung. " 

-Surah At-Taubah ayat 129 

TAK DAPAT BERTAHAN LAGI.....

" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. " 

-Surah Yusof ayat 87 


Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari kita terubat dengan janji-janji Allah...





BERPADA-PADA DENGAN REZEKI ALLAH

"Kalaulah saya pun berpangkat besar dan bergaji besar seperti dia.Mengapalah hidup saya tidak seberuntung dia. Mengapakah saya tak pandai macam dia.." Demikianlah kita selalu mengeluh mengenangkan nasib sendiri dan mengagumi kelebihan orang lain.

Sebagai orang mukmin, kita dilarang untuk menyesali nasib, apatah untuk menyalahkan atau menghina pemberian Allah. Apalah sangat ujianNYA, kalau hendak dihitung dengan nikmat yang Allah kurniakan, sama ada yang sedar atau tidak, yang pasti tidak mampu dibilang manusia.

Jangan sesekali kesal atau kecewa dengan ciptaan Allah sama ada kita mengalami kecacatan, kekurangan atau sebagainya. Jika kita mengeluh, sedangkan kita sedang menikmati nikmat rahmatNya, bermakna kita tamak dan menutup mata atas nikmat yang telah kita miliki selama ini.

Sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang ada. setiap manusia sudah ada bahagian masing-masing yang dikurniakan Allah. daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud,: Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu." (Riwayat Bukhari)

Dalam apa jua perkara, kita hendaklah bersifat qana'ah dan sentiasa bersyukur di samping berusaha dan bersabar kerana setiap sesuatu itu ada hikmah tersendiri. Haaytilah firman Allah yang bermaksud "..Boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah, Allah jualah yang Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui...(al-Baqarah ayat 216) 







*sumber : http://forum.putera.com/tanya/index.php/topic/76331-hadapilah-musibah-dan-ujian-dari-allah-dengan-sumber-al-quran/




peringatan untuk diri sendiri juga..=)



install CINTA



Khidmat Pelanggan : Ada apa-apa yang boleh saya bantu?


Pelanggan : Boleh tolong saya installkan CINTA? Apa yang saya harus buat?


Khidmat Pelanggan : Boleh. Langkah pertama, buka HATI. Adakah anda sudah berada di HATI anda?


Pelanggan : Ya, tapi ada beberapa program sedang aktif. Adakah saya boleh install ketika program lain sedang diaktifkan?


Khidmat Pelanggan : Apakah program-program tersebut?


Pelanggan : Sebentar, saya lihat...Programnya, LUKALAMA.EXE, ESTEEMRENDAH.EXE, KEBENCIAN.EXE, dan HASADDENGKI.COM.


Khidmat Pelanggan : Tiada masalah. CINTA akan memadam LUKALAMA.EXE secara automatik dari sistem operasi anda saat ini. Ia akan kekal dalam memori kekal, tapi ia tidak akan selamanya menganggu program lain. CINTA juga akan menggantikan ESTEEMRENDAH.EXE dengan modulnya yang dipanggil ESTEEMTINGGI.EXE. Walaubagaimanapun, anda harus memadam keseluruhan program KEBENCIAN.EXE dan HASADDENGKI.COM. Program-program tersebut akan menghalang CINTA untuk diinstall sepenuhnya. Boleh kamu memadamnya sekarang?


Pelanggan : Saya tidak tahu bagaimana hendak memadamnya. Boleh bantu saya?


Khidmat Pelanggan : Boleh. Pergi ke menu START dan aktifkan KEMAAFAN.EXE. Buat beberapa kali sehingga KEBENCIAN.EXE dan HASADDENGKI.COM terpadam sepenuhnya.


Pelanggan : Ok, siap. CINTA telah mula diinstall secara automatik, adakah itu normal?


Khidmat Pelanggan : Ya. Anda akan dapat mesej yang mengatakan ianya akan sentiasa diinstall semula untuk menghidupkan HATI. Adakah anda dapat lihat mesej itu?


Pelanggan : Ya, saya dapat. Adakah ia telah selesai diinstall sepenuhnya?


Khidmat Pelanggan : Ya, tetapi anda harus ingat bahawa anda hanya ada program asas. Anda perlu mula berhubung dengan HATI lain untuk diupgrade.


Pelanggan : Oops..saya telah mendapat error mesej. Apa perlu saya buat?


Khidmat Pelanggan : Apa kata mesej tersebut?


Pelanggan : Katanya "KESALAHAN 412 - PROGRAM TIDAK AKTIF DALAM KOMPONEN INTERNAL". Apa maksudnya?


Khidmat Pelanggan : Jangan risau, ia adalah masalah biasa. Maksudnya program CINTA telah di set untuk diaktifkan di dalam HATI tetapi ia belum lagi diaktifkan dalam HATI anda. Ini adalah salah satu pemprograman yang rumit, tapi ia bukan istilah teknikal, ia bermaksud anda harus "CINTA" kepada mesin anda dahulu sebelum ia boleh "CINTA" mesin lain.


Pelanggan : Jadi, apa perlu saya buat?


Khidmat Pelanggan : Anda perlu cari direktori yang dipanggil "PASRAH".


Pelanggan : Ya, saya dah temuinya.


Khidmat Pelanggan : Hebat, anda semakin bagus dalam hal ini.


Pelanggan : Terima kasih.


Khidmat Pelanggan : Sama-sama. Klik pada fail-fail berikut dan copy ke direktori "HATISAYA":
"MEMAAFIDIRI.DOC", "HARGADIRI.TXT", "KELAYAKAN.TXT", dan "KEBAIKAN.DOC".
Sistem akan overwrite segala fail-fail konflik dan mula memperbaiki program-program yang salah. Juga, anda harus memadam KRITIKDIRI.EXE dari semua direktori, dan selepas itu, kosongkan recycle bin untuk memastikan fail-fail tersebut benar-benar hilang dan tidak muncul kembali.


Pelanggan : Dapat! HATI saya sedang dipenuhi oleh fail-fail dengan rapi. SENYUM.MPG sedang diaktifkan di monitor saat ini dan ia menunjukkan bahawa KETENANGAN.COM, KEAMANAN.EXE, dan KESENANGAN.COM dicopy sendiri ke seluruh HATI saya!


Khidmat Pelanggan : Ya, lalu CINTA telah diinstall dan diaktifkan. Anda seharusnya mampu untuk menguruskannya sekarang. Satu perkara lagi sebelum anda pergi...


Pelanggan : Ya?


Khidmat Pelanggan : CINTA adalah perkakas percuma. Anda perlu memberinya dengan yakin dan ia ada pelbagai modul dengan sesiapa yang anda jumpa.
Ia akan dibentuk untuk dikongsi dengan orang lain dan anda juga akan mendapat beberapa pulangan modul rapi.


Pelanggan : Baik. Terima kasih kerana sudi membantu. :)








7.11.10

Surat BENCI



Surat ni adalah surat cinta dari seorang jejaka kpd seorang gadis
yang disebabkan oleh ayah gadis ni tak minat kat jejaka ni...
Dia pasti yang ayah gadis ni tentu akan baca surat ni....
Suratnya berbunyi.......


1  "Cinta hebat yang saya ada untuk awak
2  telah hilang, dan saya sedar apa yang saya tak suka tentang awak
3  bertambah setiap hari. Bila saya nampak awak,
4  saya tak suka tengok muka awak,
5  satu-satunya benda yang saya nak buat ialah
6  cari gadis lain. Saya tak ingin nak
7  kahwin dengan awak. Perbualan terkhir kita
8  sangat membosankan dan langsung tak
9  membuatkan saya rasa nak jumpa awak lagi.
10 Awak cuma fikir tentang diri awak saja.
11 Kalau kita kahwin, saya tahu yang saya akan
12 hidup dalam kesusahan, dan saya tak akan
13 tenang hidup dengan awak. Saya ada hati
14 untuk diberi, tapi ianya bukan sesuatu
15 yang saya nak beri pada awak. Tidak ada sesiapa
16 yang lebih mementingkan diri sendiri selain awak, dan awak tak
17 mampu menjaga saya dan menolong saya.
18 Sejujurnya saya nak awak paham bahawa
19 saya bercakap benar. Awak akan membantu saya jika awak setuju
20 inilah penyelesaiannya. Jangan sesekali cuba
21 membalas surat ini. Surat awak penuh dengan
22 perkara-perkara yang saya sendiri tak berminat. Awak tak ada
23 cinta sejati untuk saya. Selamat tinggal! Percayalah,
24 saya dah tak pedulikan awak. Tolong jangan ingat yang
25 saya masih teman lelaki awak."


Sedihnya....tapi sebelum jejaka tu menghulurkan surat ini,
jejaka tu pesan kat gadis tu " BACA ANTARA BARIS", maksudnya,
baca nombor genap sahaja....Jadi, bacalah semula! SWEET!! =)





psd learning



6.11.10

cinta dua pihak part 2

pihak lelaki


- "bagi tahu dia perasaan kamu" kata kawan saya
- saya pun mencapai telefon
- telefon ke rumah awak
- awak jawab
- saya cakap "saya suka awak"
- dan terus letak telefon
- esoknya
- saya bagi tahu awak yang semalam tu hanya cabaran dari kawan saya
- yang sebenarnya memang betul
- tapi awak tak jawab apa-apa
- awak tak membalas seperti biasa
- awak hanya diam membisu
- kemudian pergi mrngundur diri

pihak perempuan


- dia telefon ke rumah saya
- saya menjawab panggilan itu
- dia bagi tahu yang dia sukakan saya
- kemudian terus letak telefon
- esoknya
- saya nak bagi tahu awak yang saya pun sukakan awak
- tapi awak cakap yang awak cume main-main
- saya dah rancang macam-macam untuk cakapkan pada awak
- setiap langkah yang saya rancang
- setiap kata
- tapi bila awak cakap macam tu
- saya tak ada apa-apa nak cakap
- saya hanya berdiri dan awasi awak
- ketika awak patahkan hati saya





4.11.10

buang yang keruh ambil yang jernih..^_^

hari ni, kawan baik saya tampar muka saya...
hari ni, kawan baik saya selamatkan nyawa saya...






cerita ni mengisahkan dua orang kawan baik yang sedang berjalan di padang pasir...
sampai kat satu tempat ni, mereka bertengkar, salah sorang kawan baik tadi tu tertampar muka kawan baik dia tu...
kawan dia yang kena tampar tu sakit...
tanpa berkata apa-apa dia pun menulis di atas pasir:


*HARI INI, KAWAN BAIK SAYA MENAMPAR MUKA SAYA*


mereka pun teruskan perjalanan, sampai satu tempat ni mereka ternampak mata air...
mereka buat keputusan nak mandi kat situ...
kawan yang kena tampar tadi tiba-tiba lemas kat dalam air...
kawan yang lagi sorang tu selamatkan kawan dia yang lemas tu...
bila ketakutan dah reda, kawan yang lemas tadi pun menulis di atas batu:


*HARI INI, KAWAN SAYA SELAMATKAN NYAWA SAYA*


kawan dia ternampak lalu bertanya...
"tadi kau tulis kat pasir, sekarang kau tulis kat batu?"
kawan dia tersenyum dan menjawab:
"bila kawan sakitkan kita, kita harus menulisnya di atas pasir, di mana bila angin-angin kemaafan datang lalu memadamnya...dan bila sesuatu yang hebat terjadi antara kawan, kita harus menulisnya di batu supaya ia terus kekal menjadi memori dalam hati kita, tiada angin yang boleh memadamnya..."







3.11.10

Perpisahan yang Manis

Mereka telah berkahwin sejak 2 tahun lalu.
Si suami cintakan sastera dan selalu pos hasil karyanya di internet
tetapi tiada siapa yang membacanya.
Dia juga minat bidang fotografi dan menguruskan gambar-gambar perkahwinan mereka.
Si suami sangat mencintai si isteri dengan sepunuh hati.
Begitu juga dengan si isteri.
Si isteri seorang yang panas baran dan selalu membuli si suami.
Si suami seorang yang menghormati wanita lebih-lebih lagi si isteri.


Hari ini, si isteri meminta si suami membuat sesuatu.


Si isteri : "Tak bolehkah abang jadi jurugambar masa persandingan kawan saya nanti? Dia janji dia akan membayar upah abang."
Si suami : "Abang tak ada masa hari tersebut."
Si isteri : "Hurmm!"
Si suami : "Huh?"
Si isteri : "Tak ada masa? Tak payah tulis novel lagi, abang akan dapat semua masa yang abang perlukan."
Si suami : "Abang....hmm..seseorang pasti akan menghargai hasil kerja abang suatu hari nanti."
Si isteri : "Ah! Saya tak peduli, abang kena buat jugak untuk dia!"
Si suami : "Tak nak."
Si isetri : "Untuk sekali ini sahaja?"
Si suami : "Tak nak."


Perbualan terhenti. Si isteri berang, lalu memberi amaran terkhir: "Bagi saya jawapan YA dalam masa tiga hari ni juga..kalau tak....."


Hari pertama, si isteri menjual semua perkakas rumah termasuk komputer, peti ais, tv, hi-fi untuk menunjukkan protes terhadap si suami.
Kecuali katil yang bersaiz king itu, semestinya dia perlukan katil itu untuk tidur.
Si suami tidak kisah dengan apa yang si isteri lakukan selagi masih ada wang tunai dalam poketnya.


Hari kedua, si isteri menyerang si suami dan mengambil semua wang yang ada pada si suami lalu memberi amaran:
"Jangan sesekali minta bantuan dari orang luar."
Si suami mula berasa gugup dengan tindakan si isteri itu. 
Malam itu, di tempat tidur, si suami memohon belas kasihan si isteri, berharap bahawa si isteri akan menamatkan keadaan tersebut.
Si isteri tidak peduli. Aku takkan mengalah walau apa pun kata si suami melainkan jika si suami setuju.


Hari ketiga, di tempat tidur.
Si suami terbaring di atas katil, termenung ke arah sudut siling bilik itu.
Si isteri terbaring di atas katil merenung di sudut lain pula.


Si suami : "Kita perlu berbincang."
Si isteri : "Kalau bukan pasal persandingan kawan saya tu, lupakan saja!"
Si suami : "Tapi perkara ni sangat penting."


Si isteri diam membisu.


Si suami : "Kita berpisah?"


Si isteri seakan-akan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.


Si suami : "Abang ada kenal dengan seorang perempuan."


Si isteri betul-betul marah, mahu saja dia memukul si suami.
Tetapi dia batalkan niatnya itu, menunggu si suami habis bercakap.
Matanya mula terasa basah.
Si suami mengambil sekeping foto di poket bajunya dan meletakkanya di dada.


Si suami : "Dia baik."


Airmata si isteri mula jatuh.


Si suami : "Dia juga mempunyai keperibadian yang elok."


Si isteri patah hati melihat si suami meletakkan gambar wanita lain dekat di hatinya.


Si suami : "Dia kata dia akan sentiasa menyokong kerjaya abang sebagai sasterawan selepas kami kahwin."


Si isteri terasa sangat cemburu kerana dia juga pernah berkata seperti itu suatu ketika dahulu.


Si suami : "Dia betul-betul cintakan abang."


Mahu saja si isteri jerit "Saya pun cintakan abang jugak!!!"


Si suami : "Abang rasa dia takkan memaksa abang membuat sesuatu yang abang tak mahu."


Si isteri mula berfikir, tetapi kemarahannya tidak juga reda.


Si suami : "Awak nak tengok gambar dia?"
Si isteri : "....!"


Si suami pun menghalakan tangannya yang memegang sekeping foto itu ke arah si isteri. 
Si isteri betul-betul marah lalu menolak tangan si suami dengan sekuat hatinya dan dengan lajunya tangan si isteri itu menampar kuat ke muka si suami.
Si suami mengeluh. Pipinya terasa hangat. Si isteri menangis sekuat hati.
Si suami menyimpan semula gambar tersebut ke dalam poket.
Si isteri menyelubungi dirinya dengan selimut.
Yang kedengaran hanya esakan si isteri.


Si suami menutup lampu di sebelah tempat tidurnya dan terus melelapkan mata.
Si isteri pula membuka lampu di sebelah tempat tidurnya dan duduk.
Si suami sudah lena manakala si isteri hilang rasa mengantuk.
Si isteri menyesal dengan apa yang telah dia lakukan terhadap si suami serta layanan buruknya itu.
Si isteri menangis lagi. Bermacam-macam yang terlintas di kotak fikirannya.
Dia mahu mengejut dan memujuk si suami.
Si isteri juga berjanji dalam dirinya tidak akan sesekali memaksa si suami lagi.
Si isteri merenung si suami. Dia mahu melihat foto tersebut.
Dia menyeluk keluar foto tersebut.


Si isteri seperti mahu menangis sesekali dia terasa ingin tertawa.
Namun dia hanya tersenyum. Foto itu sangat cantik.
Gambar si isteri yang diambil oleh si suami.
Si isteri tunduk memberi kucupan di pipi si suami.
Si suami tersenyum. Rupa-rupanya dia hanya berpura-pura tidur.




"Kamu belajar untuk menyintai, bukan mencari seseorang yang sempurna, tetapi belajar mengenali seseorang yang tidak sempurna dengan sempurna."