8.11.10

install CINTA



Khidmat Pelanggan : Ada apa-apa yang boleh saya bantu?


Pelanggan : Boleh tolong saya installkan CINTA? Apa yang saya harus buat?


Khidmat Pelanggan : Boleh. Langkah pertama, buka HATI. Adakah anda sudah berada di HATI anda?


Pelanggan : Ya, tapi ada beberapa program sedang aktif. Adakah saya boleh install ketika program lain sedang diaktifkan?


Khidmat Pelanggan : Apakah program-program tersebut?


Pelanggan : Sebentar, saya lihat...Programnya, LUKALAMA.EXE, ESTEEMRENDAH.EXE, KEBENCIAN.EXE, dan HASADDENGKI.COM.


Khidmat Pelanggan : Tiada masalah. CINTA akan memadam LUKALAMA.EXE secara automatik dari sistem operasi anda saat ini. Ia akan kekal dalam memori kekal, tapi ia tidak akan selamanya menganggu program lain. CINTA juga akan menggantikan ESTEEMRENDAH.EXE dengan modulnya yang dipanggil ESTEEMTINGGI.EXE. Walaubagaimanapun, anda harus memadam keseluruhan program KEBENCIAN.EXE dan HASADDENGKI.COM. Program-program tersebut akan menghalang CINTA untuk diinstall sepenuhnya. Boleh kamu memadamnya sekarang?


Pelanggan : Saya tidak tahu bagaimana hendak memadamnya. Boleh bantu saya?


Khidmat Pelanggan : Boleh. Pergi ke menu START dan aktifkan KEMAAFAN.EXE. Buat beberapa kali sehingga KEBENCIAN.EXE dan HASADDENGKI.COM terpadam sepenuhnya.


Pelanggan : Ok, siap. CINTA telah mula diinstall secara automatik, adakah itu normal?


Khidmat Pelanggan : Ya. Anda akan dapat mesej yang mengatakan ianya akan sentiasa diinstall semula untuk menghidupkan HATI. Adakah anda dapat lihat mesej itu?


Pelanggan : Ya, saya dapat. Adakah ia telah selesai diinstall sepenuhnya?


Khidmat Pelanggan : Ya, tetapi anda harus ingat bahawa anda hanya ada program asas. Anda perlu mula berhubung dengan HATI lain untuk diupgrade.


Pelanggan : Oops..saya telah mendapat error mesej. Apa perlu saya buat?


Khidmat Pelanggan : Apa kata mesej tersebut?


Pelanggan : Katanya "KESALAHAN 412 - PROGRAM TIDAK AKTIF DALAM KOMPONEN INTERNAL". Apa maksudnya?


Khidmat Pelanggan : Jangan risau, ia adalah masalah biasa. Maksudnya program CINTA telah di set untuk diaktifkan di dalam HATI tetapi ia belum lagi diaktifkan dalam HATI anda. Ini adalah salah satu pemprograman yang rumit, tapi ia bukan istilah teknikal, ia bermaksud anda harus "CINTA" kepada mesin anda dahulu sebelum ia boleh "CINTA" mesin lain.


Pelanggan : Jadi, apa perlu saya buat?


Khidmat Pelanggan : Anda perlu cari direktori yang dipanggil "PASRAH".


Pelanggan : Ya, saya dah temuinya.


Khidmat Pelanggan : Hebat, anda semakin bagus dalam hal ini.


Pelanggan : Terima kasih.


Khidmat Pelanggan : Sama-sama. Klik pada fail-fail berikut dan copy ke direktori "HATISAYA":
"MEMAAFIDIRI.DOC", "HARGADIRI.TXT", "KELAYAKAN.TXT", dan "KEBAIKAN.DOC".
Sistem akan overwrite segala fail-fail konflik dan mula memperbaiki program-program yang salah. Juga, anda harus memadam KRITIKDIRI.EXE dari semua direktori, dan selepas itu, kosongkan recycle bin untuk memastikan fail-fail tersebut benar-benar hilang dan tidak muncul kembali.


Pelanggan : Dapat! HATI saya sedang dipenuhi oleh fail-fail dengan rapi. SENYUM.MPG sedang diaktifkan di monitor saat ini dan ia menunjukkan bahawa KETENANGAN.COM, KEAMANAN.EXE, dan KESENANGAN.COM dicopy sendiri ke seluruh HATI saya!


Khidmat Pelanggan : Ya, lalu CINTA telah diinstall dan diaktifkan. Anda seharusnya mampu untuk menguruskannya sekarang. Satu perkara lagi sebelum anda pergi...


Pelanggan : Ya?


Khidmat Pelanggan : CINTA adalah perkakas percuma. Anda perlu memberinya dengan yakin dan ia ada pelbagai modul dengan sesiapa yang anda jumpa.
Ia akan dibentuk untuk dikongsi dengan orang lain dan anda juga akan mendapat beberapa pulangan modul rapi.


Pelanggan : Baik. Terima kasih kerana sudi membantu. :)








No comments: