7.11.10

Surat BENCI



Surat ni adalah surat cinta dari seorang jejaka kpd seorang gadis
yang disebabkan oleh ayah gadis ni tak minat kat jejaka ni...
Dia pasti yang ayah gadis ni tentu akan baca surat ni....
Suratnya berbunyi.......


1  "Cinta hebat yang saya ada untuk awak
2  telah hilang, dan saya sedar apa yang saya tak suka tentang awak
3  bertambah setiap hari. Bila saya nampak awak,
4  saya tak suka tengok muka awak,
5  satu-satunya benda yang saya nak buat ialah
6  cari gadis lain. Saya tak ingin nak
7  kahwin dengan awak. Perbualan terkhir kita
8  sangat membosankan dan langsung tak
9  membuatkan saya rasa nak jumpa awak lagi.
10 Awak cuma fikir tentang diri awak saja.
11 Kalau kita kahwin, saya tahu yang saya akan
12 hidup dalam kesusahan, dan saya tak akan
13 tenang hidup dengan awak. Saya ada hati
14 untuk diberi, tapi ianya bukan sesuatu
15 yang saya nak beri pada awak. Tidak ada sesiapa
16 yang lebih mementingkan diri sendiri selain awak, dan awak tak
17 mampu menjaga saya dan menolong saya.
18 Sejujurnya saya nak awak paham bahawa
19 saya bercakap benar. Awak akan membantu saya jika awak setuju
20 inilah penyelesaiannya. Jangan sesekali cuba
21 membalas surat ini. Surat awak penuh dengan
22 perkara-perkara yang saya sendiri tak berminat. Awak tak ada
23 cinta sejati untuk saya. Selamat tinggal! Percayalah,
24 saya dah tak pedulikan awak. Tolong jangan ingat yang
25 saya masih teman lelaki awak."


Sedihnya....tapi sebelum jejaka tu menghulurkan surat ini,
jejaka tu pesan kat gadis tu " BACA ANTARA BARIS", maksudnya,
baca nombor genap sahaja....Jadi, bacalah semula! SWEET!! =)