10.11.10

Pulau Perasaan



Terdapat sebuah pulau di mana semua perasaan hidup; Kegembiraan, Kesedihan, Ilmu, dan kesemuanya, termasuklah Cinta. Satu hari ada sebuah pengumuman kepada para perasaan bahawa pulau tersebut akan tenggelam, maka kesemua mereka memperbaiki bot masing-masing dan pergi meninggalkan pulau tersebut.


Cinta mahu bertahan dan membantu yang lain sehingga saat-saat terakhir. Apabila pulau tersebut hampir tenggelam, Cinta membuat keputusan untuk meminta pertolongan. Kekayaan melintas di hadapan Cinta menaiki bot mewahnya. Cinta berkata "Kekayaan, bolehkah kamu membawaku bersama-sama kamu?" Kekayaan menjawab, "Tidak, tak boleh. Di dalam bot saya terdapat banyak emas dan perak. Tiada tempat untuk kamu di sini."


Cinta bertanya pula kepada Kesombongan yang melintas dengan kapalnya yang cantik. "Kesombongan, tolong bantu saya!" "Saya tak boleh tolong kamu Cinta. Kamu sudah basah, ia akan merosakkan kapal cantik saya." jawab Kesombongan.
Kesedihan menghampiri lalu Cinta pun bertanya untuk bantuan, "Kesedihan, biarkan saya pergi bersama awak." "Oh..Cinta, saya berasa sangat sedih, saya perlu bersendirian."
Kegembiraan pun turut melintasi Cinta, tetapi dia sedang bergembira sehinggakan dia tidak dengar Cinta telah memanggilnya!


Tiba-tiba terdapat satu suara, " Mari sini Cinta, saya akan membawa kamu." Ia adalah seorang tua. Cinta berasa terharu dan gembira lalu terlupa untuk bertanya nama si tua itu. Apabila mereka sampai sahaja di darat, si tua itu pun pergi kehaluannya sendiri.


Cinta sedar betapa dia berhutang budi dengan si tua itu, dia pun bertanya kepada Ilmu, si tua yang lain. "Siapakah yang membantu saya tadi?" "Ia adalah Masa." Jawab Ilmu. "Tapi, kenapa Masa yang membantu saya?"  Ilmu tersenyum dengan pengetahuan yang mendalam dia menjawab, "Kerana, hanya Masa yang mampu memahami betapa hebatnya Cinta itu."



No comments: