Terdapat sebuah pasaraya yang menjual lelaki untuk dijadikan suami. Sang wanita boleh memilih salah seorang antara banyak-banyak lelaki di situ untuk dibeli dan dijadikan suami. Pasaraya tersebut mempunyai 6 tingkat, dan semakin tinggi tingkat semakin banyak ciri-ciri positif yang terdapat pada lelaki tersebut. Walaubagaimanapun, sebaik sahaja sang wanita membuka pintu pasaraya tersebut, dia hanya boleh memilih seorang sahaja lelaki di suatu tingkat. Tetapi apabila sang wnita tersebut sudah naik ke tingkat atas, dia tidak dibenarkan turun ke tingkat bawah semula kecuali untuk keluar dari pasaraya tersebut.
Pada suatu hari, datang seorang wanita masuk ke pasaraya tersebut untuk mencari calon suami. Di tingkat pertama pasaraya tersebut, dia terlihat satu papan tanda yang bertulis:
TINGKAT 1 - LELAKI-LELAKI INI MEMPUNYAI KERJA
Wanita tersebut bercakap sendiri. "Ini lebih baik daripada teman lelakiku yang lepas, tapi aku teringin nak lihat apa yang ada di atas." Wanita itu pun ke tingkat atas dan membaca papan tanda:
TINGKAT 2 - LELAKI-LELAKI INI MEMPUNYAI KERJA, PENYAYANG KANAK-KANAK.
Wanita itu berbicara lagi dengan dirinya sendiri. "Wah, hebat, tapi aku teringin nak lihat apa lagi yang ada di tingkat atas." Wanita itu pun naik dan baca papan tanda:
TINGKAT 3 - LELAKI-LELAKI INI MEMPUNYAI KERJA, PENYAYANG KANAK-KANAK DAN KACAK.
"Hmmm, terbaiklah" kata wanita itu. "Tapi apa lagi yang ada di atas?"
Tingkat ke-4 pulak tertulis:
TINGKAT 4 - LELALKI-LELAKI INI MEMPUNYAI KERJA, PENYAYANG KANAK-KANAK, KACAK, SUKA MEMBANTU ISTERI BUAT KERJA RUMAH.
"Wah!" jerit wanita itu dalam hatinya. "Sangat menggoda, huhu. Tapi mesti ada yang lagi baik di atas sana!"
Wanita itu pun naik dan baca papan tanda:
TINGKAT 5 - LELALKI-LELAKI INI MEMPUNYAI KERJA, PENYAYANG KANAK-KANAK, KACAK, SUKA MEMBANTU ISTERI BUAT KERJA RUMAH DAN SANGAT ROMANTIK.
"Hebat! Tapi apa yang aku tunggu lagi untuk naik ke atas. Pastinya lebih baik! "
Wanita itupun naik ke tingkat atas.
TINGKAT 6 - ANDA ADALAH PELAWAT YANG KE 12,345,689 DI TINGKAT INI. MAAF, TIADA LELAKI DI TINGKAT INI. TINGKAT INI HANYA WUJUD SEBAGAI BUKTI BAHAWA ANDA ADALAH WANITA YANG SANGAT MEMILIH. TERIMA KASIH KERANA SUDI DATANG KE PASARAYA KAMI.
* haha!!~~
1 comment:
setailo la entri ko. pasaraya jual isteri ada x? aku nk plih tgkt 5.hahahaha
Post a Comment