3.11.10

Perpisahan yang Manis

Mereka telah berkahwin sejak 2 tahun lalu.
Si suami cintakan sastera dan selalu pos hasil karyanya di internet
tetapi tiada siapa yang membacanya.
Dia juga minat bidang fotografi dan menguruskan gambar-gambar perkahwinan mereka.
Si suami sangat mencintai si isteri dengan sepunuh hati.
Begitu juga dengan si isteri.
Si isteri seorang yang panas baran dan selalu membuli si suami.
Si suami seorang yang menghormati wanita lebih-lebih lagi si isteri.


Hari ini, si isteri meminta si suami membuat sesuatu.


Si isteri : "Tak bolehkah abang jadi jurugambar masa persandingan kawan saya nanti? Dia janji dia akan membayar upah abang."
Si suami : "Abang tak ada masa hari tersebut."
Si isteri : "Hurmm!"
Si suami : "Huh?"
Si isteri : "Tak ada masa? Tak payah tulis novel lagi, abang akan dapat semua masa yang abang perlukan."
Si suami : "Abang....hmm..seseorang pasti akan menghargai hasil kerja abang suatu hari nanti."
Si isteri : "Ah! Saya tak peduli, abang kena buat jugak untuk dia!"
Si suami : "Tak nak."
Si isetri : "Untuk sekali ini sahaja?"
Si suami : "Tak nak."


Perbualan terhenti. Si isteri berang, lalu memberi amaran terkhir: "Bagi saya jawapan YA dalam masa tiga hari ni juga..kalau tak....."


Hari pertama, si isteri menjual semua perkakas rumah termasuk komputer, peti ais, tv, hi-fi untuk menunjukkan protes terhadap si suami.
Kecuali katil yang bersaiz king itu, semestinya dia perlukan katil itu untuk tidur.
Si suami tidak kisah dengan apa yang si isteri lakukan selagi masih ada wang tunai dalam poketnya.


Hari kedua, si isteri menyerang si suami dan mengambil semua wang yang ada pada si suami lalu memberi amaran:
"Jangan sesekali minta bantuan dari orang luar."
Si suami mula berasa gugup dengan tindakan si isteri itu. 
Malam itu, di tempat tidur, si suami memohon belas kasihan si isteri, berharap bahawa si isteri akan menamatkan keadaan tersebut.
Si isteri tidak peduli. Aku takkan mengalah walau apa pun kata si suami melainkan jika si suami setuju.


Hari ketiga, di tempat tidur.
Si suami terbaring di atas katil, termenung ke arah sudut siling bilik itu.
Si isteri terbaring di atas katil merenung di sudut lain pula.


Si suami : "Kita perlu berbincang."
Si isteri : "Kalau bukan pasal persandingan kawan saya tu, lupakan saja!"
Si suami : "Tapi perkara ni sangat penting."


Si isteri diam membisu.


Si suami : "Kita berpisah?"


Si isteri seakan-akan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.


Si suami : "Abang ada kenal dengan seorang perempuan."


Si isteri betul-betul marah, mahu saja dia memukul si suami.
Tetapi dia batalkan niatnya itu, menunggu si suami habis bercakap.
Matanya mula terasa basah.
Si suami mengambil sekeping foto di poket bajunya dan meletakkanya di dada.


Si suami : "Dia baik."


Airmata si isteri mula jatuh.


Si suami : "Dia juga mempunyai keperibadian yang elok."


Si isteri patah hati melihat si suami meletakkan gambar wanita lain dekat di hatinya.


Si suami : "Dia kata dia akan sentiasa menyokong kerjaya abang sebagai sasterawan selepas kami kahwin."


Si isteri terasa sangat cemburu kerana dia juga pernah berkata seperti itu suatu ketika dahulu.


Si suami : "Dia betul-betul cintakan abang."


Mahu saja si isteri jerit "Saya pun cintakan abang jugak!!!"


Si suami : "Abang rasa dia takkan memaksa abang membuat sesuatu yang abang tak mahu."


Si isteri mula berfikir, tetapi kemarahannya tidak juga reda.


Si suami : "Awak nak tengok gambar dia?"
Si isteri : "....!"


Si suami pun menghalakan tangannya yang memegang sekeping foto itu ke arah si isteri. 
Si isteri betul-betul marah lalu menolak tangan si suami dengan sekuat hatinya dan dengan lajunya tangan si isteri itu menampar kuat ke muka si suami.
Si suami mengeluh. Pipinya terasa hangat. Si isteri menangis sekuat hati.
Si suami menyimpan semula gambar tersebut ke dalam poket.
Si isteri menyelubungi dirinya dengan selimut.
Yang kedengaran hanya esakan si isteri.


Si suami menutup lampu di sebelah tempat tidurnya dan terus melelapkan mata.
Si isteri pula membuka lampu di sebelah tempat tidurnya dan duduk.
Si suami sudah lena manakala si isteri hilang rasa mengantuk.
Si isteri menyesal dengan apa yang telah dia lakukan terhadap si suami serta layanan buruknya itu.
Si isteri menangis lagi. Bermacam-macam yang terlintas di kotak fikirannya.
Dia mahu mengejut dan memujuk si suami.
Si isteri juga berjanji dalam dirinya tidak akan sesekali memaksa si suami lagi.
Si isteri merenung si suami. Dia mahu melihat foto tersebut.
Dia menyeluk keluar foto tersebut.


Si isteri seperti mahu menangis sesekali dia terasa ingin tertawa.
Namun dia hanya tersenyum. Foto itu sangat cantik.
Gambar si isteri yang diambil oleh si suami.
Si isteri tunduk memberi kucupan di pipi si suami.
Si suami tersenyum. Rupa-rupanya dia hanya berpura-pura tidur.




"Kamu belajar untuk menyintai, bukan mencari seseorang yang sempurna, tetapi belajar mengenali seseorang yang tidak sempurna dengan sempurna."