4.12.10

hargai selagi ada..

Si Suami dan si Isteri baru sahaja mendirikan rumah tangga 3 bulan yang lepas. Perkahwinan mereka adalah atas dasar keinginan keluarga mereka. Namun, si Isteri sudah lama menyukai si Suami sejak pertama kali perkenalan mereka yang diuruskan oleh keluarga. Satu petang..

Si Isteri : Emm..abang, saya ingin menunjukkan sesuatu....
Si Suami : (memotong percakapan si Isteri) Urghh!! Saya sangat marah!!
Si Isteri : Kenapa? Ada sesuatu yang tak kena?
Si Suami : Memang semuanya tak kena!
Si Isteri : Jelaskanlah pada saya...
Si Suami : Saya kalah dalam perlawanan kejohanan, semua ahli pasukan menyalahi saya dan banyak lagi masalah di tempat kerja.
Si Isteri : Jangan la bersedih abang, kan ada lagi perlawanan yang lain. Saya sentiasa ade untuk menyokong abang. Tentang masalah di tempat kerja itu kenapa pula?
Si Suami : Ada pekerja yang tak puas hati dengan saya, menceritakan hal buruk kepada bos.
Si Isteri : Abang tak jelaskan pada bos?
Si Suami : Tak.
Si Suami : Sudah la. Awak tak dapat bantu apa-apa pun. Saya nak berehat.
Si Suami : Saya naik dulu.
Si Isteri : Tunggu. Saya nak berikan sesuatu pada abang...
Si Suami : Boleh tunggu esok tak?
Si Isteri : Err..ok..

Si Suami pun naik ke bilik dan berehat. Beberapa minit kemudian, teman si Isteri megajaknya ke pusat membeli-belah. Dia pergi setelah mendapat keizinan si Suami yang hanya menjawab, “Pergilah.”
Dalam perjalan, secara tiba-tiba temannya memutar stering untuk mengelak sebuah lori yang tiba-tiba memotong dihadapannya. Namun, kereta yang dinaiki mereka melanggar sebatang pokok di tepi jalan.
Temannya itu terkorban akibat hentakan yang kuat di kepala. Manakala dia berada dalam keadaan kritikal. Mereka dibantu oleh orang-orang yang sedang melalui jalan tersebut.

Keluarga si Isteri menunggu di ruangan hospital. Kakak si Isteri terus menghubungi si Suami.

Kakak si Isteri : Tolong datang ke hospital segera.
Si Suami : Apa dah jadi?
Kakak si Isteri : Adikku ... Isteri kamu terlibat dalam kemalangan serius.
Si Isteri : Adakah dia OK ???
Kakak si Isteri : Dia dalam keadaan kritikal.
Si Suami : Saya akan ke sana dalam 10 minit.

Dia muncul ke ruangan hospital. Berdiri di luar pintu wad kecemasan. Perbualannya dengan si Isteri sebentar tadi terngiang-ngiang di fikirannya berulang-ulang kali sambil kedengaran bunyi bip dari mesin dan pam pernafasan balang oksigen ke dalam paru-paru si Isteri.

Si Suami : Dia ingin memberikan saya sesuatu atau mengatakan sesuatu tadi...
Ibu si Isteri : Ya ini ...

Sampul surat berbau wangi dengan bekas ciuman lipstik itu dijumpai si Ibu dalam beg tangan si Isteri lalu dihulurkan kepada si Suami. Dia membukanya .....
Tertulis di surat itu..... 

Assalamualaikum..

Kehadapan suami yang dicintai..

Saya tulis surat ini sebab saya ingin membuat kejutan pada abang. Saya ingin abang tahu, abang segalanya bagi saya.. Saya mencintai abang dengan sepenuh hati saya.. Cinta saya pada abang berputik dari hari perkenalan kita, dan sekarang ia makin bertambah.. Saya sangat gembira disatukan dengan abang.. Juga, saya sedang mengandungkan anak kita.. Kandungan yang berusia empat minggu ini akan saya jaga dengan sebaik-baiknya.. Dialah yang akan menjadi penyeri rumah kita suatu hari nanti.. Saya ingin menghabiskan sisa hidup saya bersama Abang..

Yang sangat menyayangimu,
Si Isteri

Di dalam sampul surat itu terdapat juga tiket wayang dari filem pertama mereka pergi menonton bersama dan sekeping gambar perkahwian mereka.

Dia mencium gambar tersebut. Air matanya jatuh ke gambar.
Kemudian, bunyi mesin mendatar.. Si Isteri telah pergi meninggalkannya...


"..hargailah orang tersayang selagi dia masih ada.."


No comments: