13.12.10

kisah 4 isteri..

Terdapat seorang pedagang kaya yang mempunyai 4 isteri. Dia paling mencintai isteri ke-4nya dan menghiasi dia dengan jubah mewah dan makanan yang lazat. Dia sangat mengambil berat terhadap isteri ke-4 itu dan tidak memberikannya apa-apa, tetapi sentiasa melakukan yang terbaik.

Dia juga yang sangat mencintai isteri ke-3. Dia sangat bangga kerana mempunyai isteri ke-3nya itu dan selalu mempamerkannya kepada rakan-rakan. Namun, pedagang kaya itu selalu berasa takut kalau-kalau isteri ke-3 nya beralih arah.

Dia juga, mencintai isteri ke-2. Isteri ke-2 adalah seorang yang sangat prihatin, selalu sabar dan sangat dipercayai oleh pedagang kaya tersebut. Setiap kali pedagang itu menghadapi masalah, dia selalu meluahkan ke isteri ke-2 dan dia akan selalu membantu pedagang ketika masa susahnya.

Isteri pertama peniaga adalah rakan kongsinya yang sangat setia dan telah memberikan sumbangan besar dalam menjaga kekayaan dan perniagaannya serta menguruskan rumah tangga. Namun, peniaga tidak mencintai isteri pertama meskipun isteri pertama sangat mencintainya, dia tidak mempedulikannya.

Suatu hari si pedagang jatuh sakit. Tak lama kemudian, dia mendapat tahu bahawa dia tidak ada baynyak masa untuk hidup. Dia berfikir tentang kemewahan hidupnya dan mengatakan pada dirinya sendiri, "Sekarang aku mempunyai 4 isteri tapi ketika aku mati, aku akan sendirian. Tak dapat aku bayangkan bagaimana sepinya aku nanti!."

Dengan demikian, dia meminta isteri ke-4, "Aku paling sayang pada kamu, kamu dijaga dengan pakaian terbaik dan perhatian yang besar. Sekarang , mahukah kamu mengikut aku dan menemaniku?" "Tidak mungkin!" jawab isteri ke-4 dan dia melangkah pergi tanpa banyak kata.

Jawapan tersebut membuat hatinya bagai dihiris pisau tajam. Peniaga sedih lalu bertanya kepada isteri ke-3, "Aku telah mengasihi kamu begitu banyak untuk seumur hidupku. Sekarang aku mahu pergi, mahukah kamu mengikut aku dan menemaniku?" "Tidak!"jawab isteri ke-3. "Hidup terlalu indah di sini. Aku akan berkahwin lagi apabila kamu pergi!" Hatinya tenggelam dan sejuk mendengarnya.

Dia kemudian bertanya kepada isteri ke-2, "Aku selalu mencarimu untuk bantuan dan kamu selalu membantu saya. Sekarang aku perlukan bantuanmu lagi. Ketika aku ingin pergi, mahukah kamu mengikut aku dan menemaniku?" "Maaf, aku tidak dapat membantu kamu kali ini!" jawab isteri ke-2. "Paling tidak, aku hanya boleh menghantar kamu ke kuburmu." Jawapannya datang seperti guruh dan hatinya hancur.

Kemudian satu suara memanggil: "Aku akan pergi bersamamu, aku akan mengikutimu mana pun kamu pergi .." Pedagang itu mendongak dan ada isteri pertamanya. Dia begitu kurus, hampir seperti dia menderita kekurangan zat. Sangat sedih, peniaga itu berkata, "Aku seharusnya mengambil berat tentangmu jauh lebih baik di saat aku mampu!"
 



Sebenarnya, kita semua mempunyai 4 isteri dalam hidup kita ;

a. Isteri ke-4 adalah tubuh kita. Tak kiralah berapa banyak pun waktu dan usaha yang kita habiskan dalam membuatnya kelihatan bagus, ia akan tetap meninggalkan kita saat kita mati.

b. Isteri ke-3 adalah harta, status dan kekayaan. Ketika kita mati, mereka semua pergi kepada orang lain.

c. Isteri ke-2 adalah keluarga dan teman-teman. Tidak kiralah seberapa dekat mereka telah ada untuk kita saat kita masih hidup, paling jauh mereka boleh bersama dengan kita adalah ketika sampai ke liang kubur.


d. Isteri pertama sebenarnya jiwa kita, sering diabaikan dalam mengejar kemewahan, kekayaan dan kesenangan hidup.




1 comment:

kimchisu said...

membuatkan aku berfikir..ahakss..
huuhhu