2.12.10

mari gelak-gelak sikit~

Pn Maria : Anak perempuan saya ada B.Sc.
Pn Chong : Anak lelaki saya baru mendapat kelulusan B.A.
En Ali : Tahun lepas, anak saudara saya dapat L.L.B.
En Muthu : Ha! Tapi anak saya saja yang ada J.O.B.


Cikgu : Dani, jika kamu ada lima ringgit dan kamu meminta dgn ibumu lagi lima ringgit, berapa ringgit yang kamu ada?
Dani : Lima ringgit cikgu!
Cikgu : Kamu tak tahu mengirakah?
Dani : Tapi cikgu, cikgu tak kenal mak saya.


Ibu : Suzi, macam mane dengan persembahan teater? Adakah ia berakhir dengan gembira?
Suzi : Yup. Semua penonton gembira bila teater tu akhirnya tamat.


"Beri semua wang yang kau ada kalau tak......" kata seorang perompak kepada seorang tua.
"Kalau tak apa??" balas si tua itu.
"Tolong jangan buat aku confuse," rayu si perompak. "Ini kerja pertamaku."


Tan : Tolong pinjamkan saya sepuluh ringgit.
Koh : Maaf, saya hanya ada enam ringgit.
Tan : Takpe. Bagi saya pinjam enam ringgit dulu dan kamu boleh hutang empat ringgit yang selebihnya.


Murni : Ibu, tolong carikan cikgu yang baru untuk saya.
Ibu : Kenapa sayang?
Murni : Cikgu saya tak boleh buat keputusan. Kelmarin dia kata lima dengan empat jadi sembilan. Semalam dia kata dua dengan tujuh jadi sembilan dan hari ni dia kata tiga dengan enam jadi sembilan!


Cikgu 1 : Kesiannya. Abu ada rekod kedatangan yang terbaik dalam kelas.
Cikgu 2 : Kenapa kesian pulak?
Cikgu 1 : Abu jugak ada rekod disiplin yang sangat teruk di sekolah!


Gadis : Awak, boleh awak ucapkan kata-kata yang boleh buat saya terapung-apung di udara....?
Jejaka : Pergi gantung diri !