2.12.10

kisah si Ayah : kerja dan kehidupan

Si Ayah adalah seorang yang berkerja keras sebagai penjual roti untuk menyara hidup isteri dan tiga anaknya. Setelah selesai bekerja, dia menghabiskan waktu malamnya dengan menghadiri kelas, berharap untuk memperbaiki diri supaya dia boleh mencari pekerjaan dengan gaji yang lebih baik suatu hari nanti.

Pada hari Minggu, si Ayah sangat susah meluangkan masa untuk makan bersama keluarganya. Dia menghabiskan masa dengan belajar dan bekerja keras kerana dia ingin menyediakan apa jua yang boleh dibeli dengan wang untuk keluarganya.

Setiap kali keluarganya mengeluh bahawa dia tidak meluangkan cukup masa dengan mereka, dia beralasan bahawa dia melakukan semua ini untuk mereka. Namun disudut hatinya, dia teringin sekali untuk meluangkan lebih banyak masa dengan keluarganya.

Harinya pun tiba dimana keputusan ujian diumumkan. Sukacitanya, si Ayah lulus dengan cemerlang! Tidak lama selapas itu, dia ditawarkan pekerjaan yang baik sebagai pengawal senior yang dibayar mahal.

Seperti mimpi menjadi kenyataan, si Ayah sekarang mampu memberikan keluarganya sedikit kemewahan hidup seperti pakaian yang bagus, makanan yang enak dan percutian di luar negeri.

Namun, keluarganya masih jarang melihat si Ayah dalam seminggu. Si Ayah terus bekerja dengan bersunguh-sungguh, dan berharap untuk ditawarkan ke jawatan pengurus. Bahkan, untuk membuat dirinya tercalon untuk jawatan itu, dia mendaftarkan diri dalam kursus lain di Universiti Terbuka.

Sekali lagi, setiap kali keluarganya mengeluh bahawa dia jarang meluangkan masa dengan mereka, dia beralasan bahawa dia melakukan semua ini untuk mereka. Tapi dia sering sangat berkeinginan untuk meluangkan lebih banyak masa dengan keluarganya.


Kerja keras si Ayah berhasil dan dia ditawarkan untuk jawatan pengurus. Dengan penuh sukacitanya, dia memutuskan untuk mengambil pembantu rumah bagi meringankan beban isterinya daripada tugas-tugas rutin.

Dia juga merasa bahawa flat tiga biliknya itu sudah tidak cukup ruang, ia adalah sesuatu yang menyenangkan bagi keluarganya untuk menikmati kemudahan dan keselesaan sebuah kondominium. Setelah beberapa kali mendapat ganjaran dari kerja kerasnya itu, si Ayah memutuskan untuk meneruskan pengajiannya dan bekerja supaya ditawarkan jawatan yang lebih tinggi lagi.

Keluarganya masih lagi jarang bertemu dengannya. Bahkan, kadang-kadang si Ayah harus bekerja di hari minggu untuk berjumpa pelanggannya. Sekali lagi, setiap kali keluarganya mengeluh bahawa dia tidak meluangkan cukup masa dengan mereka, dia beralasan bahawa dia melakukan semua ini untuk mereka.
Tapi dia sering sangat berkeinginan untuk menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarganya.

Seperti yang diharapkan, kerja keras si Ayah berhasil lagi dan dia membeli sebuah kondominium yang indah yang menghadap ke pantai. Pada petang hari Ahad pertama di rumah baru mereka, si Ayah berkata kepada keluarganya bahawa dia memutuskan untuk berhenti mengambil kursus dan mengejar tawaran-tawaran kerja lagi. Mulai saat itu, dia akan menghabiskan semua masa yang ada untuk keluarganya.


Si Ayah tidak bangun keesokan harinya.



2 comments:

nam5wym said...

er!!....citer ni tergantung or mmg si ayh dh xde...erm...moral value?!..hehehe...banyk tnya lak..

AZIMAH ZAINUL said...

ayahnye dah xde laa..
mksudnye, jgn kejar kemewhan sgt..
luangkan mase dgn org2 tersyg...